Thursday, December 17

List YEAY AKU DA NAK KAHWIN!

Nama Bakal suami :                                                   
Nama bakal isteri   :
Tarikh majlis         :
Tarikh nikah  :                                                             
Lokasi Majlis : 

Tempat  nikah
Rumah atau Masjid
Tempat majlis kahwin
Rumah , dewan
1 hari majlis
Pagi nikah. Tengahari walimah
2 hari majlis
NIkah dan walimah berlainan hari.
(NIkah lebih awal. Mungkin sehari atau seminggu sebelum majlis)

Apa yang kene ada dalam list persiapan?
No
Perkara and aktiviti
Budget RM
     Done
A.      Bakal pengantin
1
Kursus kahwin
2
Pergi pejabat agama dapatkan borang nikah
3
Dokumen kahwin checkup HIV/Aids dan sebagainya
4
Photographer
5
Cincin/gelang  kahwin
6
Mas Kahwin
7
Wang hantaran
8
Baju nikah
Bakal Suami:
Songkok/Kupiah/serban
Inner shirt
Baju melayu/jubah
Kain samping
Stokin/Kasut
Bakal Isteri:
Baju
Tudung, anak tudung, keronsang, pin
Veil.
Kasut/stoking.
9
Baju majlis (sama ada tukar atau pakai baju yang sama masa nikah)
Suami:
Baju
Inner shirt
Tanjak/songkok/keris/kain samping
Kasut and stoking
Isteri:
Baju
Tudung/anak tudung/kerongsang/pin
Veil
Kasut/stoking
10
Make up
Nikah:
Make up sendiri, atau
Majlis:
Juru solek
11
Inai
12
Bunga tangan:
Bunga hidup
Bunga tiruan
B. Honeymoon
1
Local atau international
2
Tak perlu honeymoon
C.      Hadiah hantaran
(Boleh dilakukan sendiri atau minta bantuan atau upah orang lain)
1
Hadiah
List down sendiri:
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
2
Dulang
3
Bunga
Bunga tiruan
Bunga hidup (Bunga, span basah/aluminium foil)
4
Hiasan
Riben
Gun glue/tape/stapler
Gunting
D.Persiapan bilik pengantin
1
Cadar baru
2
Bantal
3
Langsir
4
Towel baru pasangan
5
Toiletteris
Berus gigi baru pasangan
Sabun and shampoo
6
Sejadah
7
Hanger
8
Pewangi bilik
Bunga rampai
 - Daun pandan
 - Kelopak bunga warna warni dan wangi
 - Minyak wangi
 - pisau blade atau gunting
Pewangi beli
9
Alas kaki
          E.Tetamu
1
Kad kahwin
Jumlah tetamu:
Jumlah Kad :
(selalunya kalau jumlah tetamu 1000 orang, 400 kad sudah cukup)
Setem
                                 F. Doorgift
1
Hadiah untuk tetamu dewasa
Jumlah:
Hadiah untuk kanak-kanak
Jumlah:
2
Kotak atau bekas doorgift
G.Makanan dan minuman
1
Nikah:
Makan berat
Kuih muih
Air minuman: Teh atau kopi
Tissue
Bekas minum/cawan/pinggan/sudu
Jumlah tetamu:
H.Majlis
1
Katering/masak sendiri
2
Kuih muih/ dessert
3
PA system
I.Untuk hadiah pihak sebelah
1
Kuih: Dodol or wajik
J.Bunga manggar
Aku buat beli bunga manggar untuk letak pada papan tanda sahaja.
k.Nama dan papan nama
Print out Nama
Photostate
Laminate
Kayu (untuk pacak)
*Ini list yang aku buat.Tapi tak SURE lagi , sbb banyak yang perlu kena tukar ~

*********************************************************
What makes a PERFECT WEDDING?


Ada Pengantin lelaki dan perempuan, Family, Wali, Juru nikah, Akad Ijab dan kabul, dan Mas kahwin
Cukup da syarat sebuah perkahwinan yang lengkap.

Jangan suka susahkan orang . Kalau kita bantu untuk memudahkan kehidupan orang lain, Allah akan mudahkan URUSAN KEHIDUPAN kita. 

Mental kene kuat:
Minta dan doa banyak supaya majlis berjalan lancar, makanan cukup dan tidak terlalu berlebih, tetamu puas hati. Dan semua orang yang terlibat sihat walaafiat.
Ketahuilah
Kita kahwin, biarlah pada kadar yang kita mampu, pasangan kita pun MAMPU !
Tak perlu berlebih-lebihan. 
Apetah lagi sampai ke tahap membazir, sampai tahap tak menang membeli , terpaksa berhutang-hutang untuk menunjuk.
Parents
Ada parents yang rasa handling their children weddings are their responsibilities.
Memang selalunya, anak-anak nak meniti hari bahagia, PARENTS ialah individu utama dan paling busy buat preparation... Macam aku sendiri tak ada parents yang besar . Mama sorang jer, Mama dah cakap dekat aku, yang Mama tak mampu nak tolong apa - apa . Sedih , sakit dada ni sampai ke urat ! kehkeh
Nampak bahagia pulak tu buat benda yang remeh temeh, walaupun sampai menyusahkan diri . Aku takkan susahkan sapa sapa untuk benda yang remeh temeh ni , aku akan pulun buat setakat mana yang aku mampu....
Pada aku, bakal pengantin kene Bare IN Their Mind, Status RAJA cuma sehari.
Bukan berhari-hari.
Kita yang nak kahwin, kita kene ambil tahu dan ambil peduli arrangement majlis.
Jangan sampai tahap, kita cuma sarung baju pengantin je.
Family lain? Bermati-matian untuk atur dan berkemas segala..
Pengalaman
Pengalaman tu belum ada lagi , tapi dari apa yang aku lihat disekeliling aku itu adalah PENGALAMAN !

Peranan
Wedding planner: Aku!
Individu UTAMA: Bakal pengantin (Aku and Mama!)
Ketua keluarga: Mama
Orang super kuat: Cousin
Orang yang akan mainkan peranan masa majlis berlangsung  (support person): Relatives
Aku impikan a simple well planned wedding.
Biarpun tarikh perkahwinan dan masa persiapan suntuk, its ok.
Contohnya macam kes aku, tarikh Majlis awal May . Tapi aku dan Abang belum lagi buat persiapan ... HUHUHU 

Senanya aku sangat memikirkan hal tersebut -.-“
Well arrange wedding lebih penting daripada majlis yang mewah, berlebih-lebihan, dan membazir.
Dan satu lagi tak nak kelam kabut. Aku tak nak aku kahwin, aku menggelabah lebih-lebih.
Dan orang penting aku tak take part.
At the end, masa majlis sume benda  tak kene. Ni takde, ni tak settle, ni tak jumpa.
Ini penting! Untuk jaga maruah dan air muka parents.
5tahun sebelum  aku berkahwin
Aku da list down dalam note book 100% keperluan untuk majlis.

Lebih particular
Off course kene ambil tahu semua perkara.
Daripada hal yang kecik-kecik sampai hal yang besar.
Lebih dekat ke hari majlis, lebih particular To do list aku.
Bermula sebulanà3 mingguà2 minggu
Dan daily countdown mulai hari ke-7  sampai ke hari langsung.
Ianya supaya aku tak tertinggal benda-benda kecik yang membuatkan majlis aku tunggang langgang.
Serius, ianya banyak membantu. 
Hidup teratur dan dapat kurang stress! 
And more satisfied!
Aku akan urus majlis aku sendiri atas dasar tanggungjawab untuk memudahkan Mama....
Sebab nak bagi Mama dan family senang.
Boleh tarik nafas. Lebih banyak masa rehat.
Dan dalam msa yang sama, tak tinggalkan peranan mereka sebagai orang tua.
Aku memang plan ikut kehendak aku, dengan niat dihati untuk mudahkan mereka.
Lepas aku plan, aku nak bincang denga.
Bukan apa, supaya se’kepala’. 
And they’re well aware about the arrangement.
And mostly, they play important role as my advisers.
Tahu setiap perkara,jadual dan certain people yang taking part penting sepanjang majlis nanti.
It makes them feel important and happy, aku pon happy. Tak da sapa akan kecik-kecik hati.
Kahwin memang seronok. But, kene tahu yang kahwin ni sekejap je.
17 . 12 .2015 bulan terakhir dua ribu lima belas . 



Hari ini bulan terakhir dalam tahun 2015, aku ingin menoleh ke belakang jap sebelum mengucapkan selamat tinggal. Perkara yang paling susah untuk dilakukan ialah berbuat baik kepada mereka yang negatif dan pernah menyakiti. Aku ingin tinggalkan 2015 dengan meninggalkan semua perkara negatif yang menghantui minda selama ini. 
Aku ingin sambut 2016 dengan keazaman ingin lebih menjaga hati, kerana hati yang baik akan membawa aku kepada ketenangan dan kebahagiaan sejati. Biar dunia bergelora, jika hati aku bertenang, aku boleh tidur dengan lena. Aku berdoa semoga kebahagiaan hati akan berterusan sehingga ke akhirnya. Lagi pulak, aku akan bertukar STATUS pada tahun hadapan :p
Nikmat yang paling besar ialah nikmat hidup, masih bernyawa kerana semua nya hanya perlu dilakukan di sini sementara masih hidup... Jadi aku ingin menikmati hidup dengan lebih bermakna dengan menunaikan tanggungjawab aku...


Aku bersyukur kerana Allah mengurniakan kebahagiaan hati pada aku di mana sepanjang tahun 2015, aku hanya bertenang di saat aku sepatutnya bergelora. Aku pasrah, redha dan menyerahkan semuanya pada Allah. Aku melalui hari hari dengan tenang dan boleh tidur dengan lena walaupun berhadapan dengan ujian dan dugaan. Aku percaya hari tidak selamanya malam, pasti siang akan muncul.

Begitu lah juga dengan azam tahun 2016, aku ingin terus menjalaninya dengan tenang. Ingin menjadi seorang yang beriman dan bertakwa, ingin menjadi BAIK untuk semua orang. Pendek kata, aku ingin lebih mendekatkan diri pada Illahi supaya ianya lebih baik dari hari hari sebelumnya. Aamin ...