Thursday, December 17

17 . 12 .2015 bulan terakhir dua ribu lima belas . 



Hari ini bulan terakhir dalam tahun 2015, aku ingin menoleh ke belakang jap sebelum mengucapkan selamat tinggal. Perkara yang paling susah untuk dilakukan ialah berbuat baik kepada mereka yang negatif dan pernah menyakiti. Aku ingin tinggalkan 2015 dengan meninggalkan semua perkara negatif yang menghantui minda selama ini. 
Aku ingin sambut 2016 dengan keazaman ingin lebih menjaga hati, kerana hati yang baik akan membawa aku kepada ketenangan dan kebahagiaan sejati. Biar dunia bergelora, jika hati aku bertenang, aku boleh tidur dengan lena. Aku berdoa semoga kebahagiaan hati akan berterusan sehingga ke akhirnya. Lagi pulak, aku akan bertukar STATUS pada tahun hadapan :p
Nikmat yang paling besar ialah nikmat hidup, masih bernyawa kerana semua nya hanya perlu dilakukan di sini sementara masih hidup... Jadi aku ingin menikmati hidup dengan lebih bermakna dengan menunaikan tanggungjawab aku...


Aku bersyukur kerana Allah mengurniakan kebahagiaan hati pada aku di mana sepanjang tahun 2015, aku hanya bertenang di saat aku sepatutnya bergelora. Aku pasrah, redha dan menyerahkan semuanya pada Allah. Aku melalui hari hari dengan tenang dan boleh tidur dengan lena walaupun berhadapan dengan ujian dan dugaan. Aku percaya hari tidak selamanya malam, pasti siang akan muncul.

Begitu lah juga dengan azam tahun 2016, aku ingin terus menjalaninya dengan tenang. Ingin menjadi seorang yang beriman dan bertakwa, ingin menjadi BAIK untuk semua orang. Pendek kata, aku ingin lebih mendekatkan diri pada Illahi supaya ianya lebih baik dari hari hari sebelumnya. Aamin ...

No comments:

Post a Comment